SIPITANG...-18 April 2012- Jambatan Kampung Ulu Bole yang runtuh dan dihanyutkan arus deras malam kelmarin akan dibina semula dalam masa yang terdekat, demikian menurut ADUN Sindumin Tuan Hj Ahmad Hj Bujang ketika menghubungi Guru Besar SK Ulu Bole, Samrah Hj Ag Damit pagi tadi.
Menurut beliau, satu permohonan untuk mendapatkan peruntukan khas daripada Ketua Menteri telah dibuat untuk memastikan pembinaan jambatan baru dapat disegerakan.