SEJARAH SEKOLAH

     Sekolah Kebangsaan Ulu Bole Sipitang, Sabah terletak kira-kira 70 KM dari pekan Sipitang. Sekolah ini hanya boleh dihubungi melalui jalan darat dengan kenderaan pacuan empat roda. SK Ulu Bole mempunyai keistimewaanya sendiri dari segi iklim dan persekitaran di mana suhu di kawasan ini sentiasa nyaman sejuk. Walaupun sekolah ini berada jauh di pendalaman (P2), namun ia turut mendapat perhatian daripada kerajaan dari segi kemudahan prasarana. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan elektrik Solar Hybrid berkeupayaan tinggi yang beroperasi selama 24 jam sehari.

    Bersesuaian dengan perkembangan dunia masa kini sekolah juga dilengkapi dengan kemudahan internet menggunakan teknologi V-Sat. Bagi memudahkan capaian terhadap internet, pihak pengurusan sekolah telah melengkapkan sekolah ini dengan kemudahan Wi-Fi. Bagi meningkatkan lagi pemantauan keselamatan, sekolah ini turut dilengkapi dengan Kamera Litar Tertutup (CCTV).
SENARAI NAMA GURU BESAR
  1. Encik Ardin Hashim (Okt 1988 hingga jan 1997)
  2. Encik Asli Bin Hj Mokhsin (Apr 1997 hingga Jan 2003)
  3. Encik robert Dua Padan (Jan 2003 hingga Nov 2006)
  4. Encik Birly Johnny (Nov 2006 hingga Mac 2009)
  5. Encik Samrah Bin hj Ag. Damit (Ogos 2009 hingga Apr 2014)
  6. Encik Muhamad Zamri Bin Mustafa (Ogos 2014 hingga sekarang)
PERISTIWA PENTING

1964 - Penduduk menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Meligan yang terletak  kira-kira 20 KM dari Kg Ulu Bole

1980 - Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah meluluskan pembinaan sekolah di Kampung Ulu Bole. Sementara menunggu JPN Sabah menyiapkan pembinaan bangunan, penduduk kampung telah bergotong-royong membina sebuah kelas dengan menggunakan bambu.

1988 - SK Ulu Bole telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah JPN Sabah, Encik Karim B. Ismail. SK Ulu Bole menerima Guru Besar pertamanya, iaitu En. Ardin Bin Hj Hashim.

1997 - Menerima Guru Besar baru, En. Asli Bin Hj. Mokhsin.

2003Menerima Guru Besar baru, En. Robert Dua Padan.

2005 - Sekolah mendapat peruntukan baru bagi pembinaan sebuah bangunan untuk menempatkan pusat sumber dan bilik sains serta dua unit rumah guru.

2006Menerima Guru Besar baru, En. Birly Johnny.

2007 - Pembinaan bangunan Pra Sekolah. Pagar mengelilingi kawasan sekolah dibina.

2008 - Pra Sekolah mula beroperasi.

2009 - Menerima Guru Besar baru (Mula 1 Ogos 2009) Encik Samrah Hj Ag. Damit. Pembinaan Solar Hybrid.

2010 - Solar Hybrid mula berfungsi sepenuhnya.

2011 - Menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan MSS Zon Timur

2012 - Pembinaan dua unit rumah guru.